Iklan

Thursday, May 6, 2010

Aku Punya Kemahiran Berfikir Kreatif Yang Bagaimana?

Salam....

Dulu aku study spesifik bahagian pengurusan.
Ada masa memang teringat-ingat time kuliah.
Waktu terkejar-kejar habis kelas ni.
Berkejaran pula ke dewan kuliah yang lain.
Sebab waktu kelas tak ada gap.
Tak mahu jadi yang paling lewat masuk.
Kononnya malu kalau masuk kelas lewat.
Sebab kalau lewat nanti bajet student lain akan ushar.
Pandang semacam.
Ewah macamlah cun sangat.
Hahahahahha....

Oh ya sebenarnya semalam.
Sembang-sembang dengan en wolverine.
Pasal jalan nak pergi 1 tempat ni.
en wolverine tanya aku macamlah aku tau sangat.
Sedangkan apa dia cakap.
Simpang ni, simpang tu.
Belok tu, belok ni.
Tak terbayang dek aku cemana arah jalannya.
Terus aku teringat 1 subjek yang aku pernah ambil dulu.
Pengurusan Pemikiran Kreatif.
Dalam ni adalah diajar teori-teori pemikiran.
Yang menarik perhatian aku adalah teori pemikiran dari Howard Gardner.
Si Howard Gardner ni punya teori.
Fitrah setiap manusia ada 7 kemahiran/kecerdasan.
Dan tahap kecerdasan setiap manusia itu untuk setiap kemahiran.
Tidak sama.

7 kecerdasan mengikut teori Gardner :

i. Kecerdasan linguistik
ii. Kecerdasan logical-matematik
iii. Kecerdasan visual-Spatial
iv. Kecerdasan muzik
v. Kecerdasan tubuh kinestetik
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal

Berbalik pada apa yang aku borak dengan en wolverine tadi.
Memang dari sekolah aku lemah geografi.
Bab-bab jalan ke ruang ke.
Memang aku lemah.
Even dulu time aku kerja area KL.
Walau hari-hari lalu jalan yang sama.
Aku boleh sesat kalau pergi sesorang.
Memang kena ada kawan temankan.
Dulu masa bertemu sang mantan aku di KL.
Dia lak yang bagitahu aku arah jalan.
Padahal aku yang kerja KL.hihihi....
Kalau ada kekawan nak datang bercuti ke Lumut ke.
Tanya aku tempat menarik.
Mesti aku tak tau nak bagi info.
Jadi aku simpulkan kalau mengikut teori si Howard Gardner ni.
Aku memang lemah kemahiran visual-spatial/ruang.

Cuma bila tengok balik.
Kemahiran mana lak yang aku ni tahap terer.
Kemahiran linguistik?
Hmm....
Penulisan aku bukanlah tip top sangat.
Walaupun time exam boleh tahan result best.(Hehehehhe)
Kemahiran lisan lak.
Bahasa ibunda oklah.
Heh....

Kemahiran logik/matematik?
Huhuhuhuuhu....
Logik mungkin aku boleh.
Matematik.....oh harap maaf.

Kemahiran muzik.
Oh mahir muzik tidak.
Tapi minat mendengar muzik bersungguh iye.
Hehehehe....

Kemahiran lain.
Ok-ok saja barangkali.
Aktiviti fizikal.
Hah yang ni aku boleh tahan.
Hihihihihihi....

Kalau interpersonal lak.
Aku ni tak adalah mesra sangat orangnya.
Ada masa aku ni berat mulut juga (pendiam le kekonon)
Tapi aku mudah faham orang.
Cepat peka dengan keadaan/perubahan emosi orang.
Aku tak reti nak ambil hati orang sangat.
Tak reti bodek gitu.
Huh....

Intra pula.
Hmm....
Rasanya aku punya peribadi yang ok.
Yang menyenangkan.
Ewah.....puji diri sendiri.
Kira puaslah menjadi diri sendiri.
Heh....
Alahai macma tak ada kemahiran yang aku terer je.
Huh....

Kalau dah terfikir tu.
Macam-macam keluar dari kepala otak.
Bagus juga masih ada yang diingat subjek dulu.
Kira tak delah tahap otak karat lagi ni.
Bolehlah aku guna teori si Howard Gardner ni untuk IR kan.
Kita tengok tang mana Ir lebih cerdas.

Hik....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails